Wednesday, 5 September 2012

Majlis Aidilfitri bersama pelanggan

Pada 30 Ogos 2012, pihak Gateway telah menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri bersama pelanggan di ofis kami. Antara pelanggan yang hadir di majlis tersebut adalah Kaneka Malaysia, WR Grace, BDP dan beberapa lagi pelanggan sekitar Gebeng. Para jemputan telah dihidangkan dengan nasi minyak, sate dan bermacam-macam lagi juadah yang sinonim dengan sambutan Hari Raya termasuk kuih-muih. 

Pada majlis yang sama juga, pihak Gateway telah mengadakan sambutan hari jadi untuk 2 staf kami iaitu Eina & Zie.






















































Monday, 13 August 2012

G-Qaseh...

Pada 11/8/2012, G-Team buat julung-julung kalinya menganjurkan program G-Qaseh. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti mereka yang kurang bernasib baik untuk dibantu. Kami telah mengenal pasti 10 keluarga untuk diberi bantuan sebagai persiapan mengharungi bulan Ramadhan dan juga menyambut Raya yang bakal menjelang.